Wednesday, 6 March 2019

Al-Imran Ayat 118

4.3.118
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 118:


.
Ringkasan tafsir;

Dalam ayat ini jelas menunjukan Allah telah memberi amaran kepada Mukmin bahawa Allah melarang orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir tempat menyimpan rahsia dan tempat menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada orang-orang kafir.

Golongan kafir mempunyai budi perkerti berikut;

1. mereka tidak berhenti-henti menyusahkan Muslimin dengan mendatangkan kerosakan akal fikiran kamu.

2. Mereka ingin menimpakan mudarat keatas kamu dengan kerosakan agama.

3. Mereka lahirkan rasa kebencian mereka dengan mendustakan Nabi dan kitab-kitab.

4. Perasaan permusuhan dan kebencian yang tersembunyai dalam dada mereka itu adalah lebih besar dari diluahkan dibibir mulut mereka.


Sesungguhnya Allah telah memberi keterangan Nya yang nyata bahawa janganlah meletakan kepercayaan dan rahsia mukmin dengan orang yang tidak boleh dipercayai disebabkan pengkhianatan mereka yang tersimpan didalam dada-dada mereka. Oleh yang demikan itu hendaklah difikirkan untuk kamu jadikan taluladan demi masa depan generasi Mukmin.
(lihat penjelasan pada ayat 3.3.28 dan 3.3.29).



.

[previous] [next] [home] 

.
Rujukan sumber, 

Juzuk
4, Surah3  
Terjemahan,
111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Tuesday, 19 July 2016

Surah AlBaqarah (168~169)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 168:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini menerangkan supaya manusia memakan makanan yang halal lagi bersih (halalan toyibah). Janganlah kamu makan yang diharamkan seperti bangkai, darah, nanah, babi dan binatang yang disembelih atas nama berhala.   (lihat juga ayat 2.2.173).  
.
Ayat ini memberi pengajaran kepada kita, bahawa manusia hendaklah menyediakan makanan yang halal lagi bersih, dan menyuruh kita mengkaji kehidupan melata dan merayat diatas muka bumi untuk dianalisa supaya menjadi bukti ciptaan Allah itu adalah sebaik-baik ciptaan untuk manusia diatas muka bumi ini.
(lihat juga ayat 2.2.172)
.
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 169:

Ringkasan tafsir
;
Lanjutan dari ayat diatas (2.2.168), supaya manusia tidak mengikut langkah syaitan yang kerjanya menggoda manusia supaya melakukan kejahatan dan perbuatan keji melampau batas dengan kata dusta terhadap Allah  

,
[Previous] [Next]
,

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 161~170;  
 [GS]
https://t.co/ujPdPsH82h  
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan

[G+] https://plus.google.com/106715915530020475379/posts/17TWrRxpLWX



.